Futsal CUTI time PUASA

0
Lama pula nda post..bukan apa, cuma aktiviti futsal tiada time bulan puasa ni.mati nnti lepas main sbb kehausan.hahaha..
Apa2 pun..lepas puasa ni, kita ganti balik futsal yg ditinggalkan dengan main setiap hari.hahahah..
Ohya..untuk semua ahli kelab futsal, pastikan berat badan maintain k time cuti ni.nnti lepas puasa, bertambah lemak pula sbb lama cuti. :-)

Tangguh Perlawanan Persahabatan

0
Berita tergempar telah diterima tengahari tadi di mana 4 pelajar Aspura positif H1N1. So, perlawanan yang telah dijadualkan tidak dapat dijalankan disebabkan proses isolasi sedang dilakukan di Aspura mulai jam12.00thri.
p/s: Rugi ni suda beli kasut bola.huhuhuhu

Futsal Court

0
Mari kita gotong royong kc simen tapak blok c untuk buat gelanggang futsal...


Menentang Budak Aspura!!

0
Perlawanan seterusnya adalah menentang pasukan Aspura SMKBKK. Difahamkan pelajar Aspura telah berlatih sepanjang minggu untuk menyambut serangan semboyan dari pasukan kita. Perlawanan akan diadakan pada ketetapan sperti berikut:
  • Tarikh : 26 July 2009
  • Hari : Ahad
  • Masa : 4.30 ptg
  • Tempat : Padang SMKBKK

Mari kita tunjukan kekuatan pasukan kita walaupun hanya berlatih di gelanggang futsal sahaja.

p/s: OK....semua guru disiplin jgn lupa bawa rotan untuk kc takut pelajar Aspura spya tidak main bagus2.hahahaha


SMKBKK-FutsalFC (6) vs CrocoFC (12)

0
Perlawanan 24July09 yg diadakan pada pukul 7mlm smlm dalam rangka misi membalas dendam terhadap kekalahan lalu tidak kesampaian apabila pasukan kita tewas lagi dengan jaringan 6 berbalas 12.
Pada 15 minit pertama, pasukan kita dapat bertahan dengan jaringan 4-6 sehingga la masuk ke minit 30..terus ketinggalan ke belakang. Ini adalah diakibatkan pasukan kita kekurangan pemain di mana hanya mempunyai 1 simpanan sahaja berbanding pasukan lawan yg mempunyai 3 simpanan.
2 gol seterusnya diperolehi melalui hantaran jauh terus ke hadapan pintu gol lawan dengan zainal dan seng menjadi shield di hadapan gol keeper. Corak permainan ini la yg digunakan sepanjang baki perlawanan memandangkan pasukan kita tidak mampu lagi membuat larian 1-2 pass.
P/S: Atan, Mozes, Safarwan dan Sapri yang tidak turun malam semalam dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab...hahahahah

SMKBKK-FutsalFC (14) vs Poweroot FC (10)

0
Akhirnya pasukan SMKBKK-FutsalFC (SFFC)telah mencatatkan kemenangan dalam tempoh masa hampir 2 bulan. Ini merupakan kemenangan yg ke-2 selepas menewaskan pasukan dari SMK Tobobon.
Perlawanan yang berlangsung jam7 malam tadi telah dikuasai sepenuhnya oleh SFFC. Dengan adanya pertahanan kental seperti Ag. Malawa, Safarwan, Atan, Mustamin telah berjaya menahan asakan bertali arus daripada pihak lawan. Pujian juga harus diberikan kepada barisan hadapan SFFC (Ag.Jainudin, Seng, Zainal, Jublee) yang mana telah berjaya mempamerkan corak permainan berpasukan yang baik dan menarik.
Diharapkan corak pemainan ini dikekalkan bagi memastikan kejayaan dalam perlawanan akan datang iaitu menentang pasukan dari pelajar Aspura SMKBKK yang akan diadakan pada hujung minggu ini (Ahad, Jam4.00petang).
P/S: Gambar bagi perlawanan semalam akan di upload selepas ini.

Mencari Nama Pasukan Kelab Futsal

0
kini tiba la masa unutk kita menamakan kelab futsal kita. Sebelum ni kalau booking gelanggang...kita sllu menggunakan nama SMK Bandaraya saja..tiada nama yg khusus untuk pasukan. Buat masa sekarang, kita guna dulu nama SMKBKK-FutsalFc (panjang pula tau.hahahah) sehingga ada nama baru yg lebih sesuai. So, kalau sapa2 yang ada cadangan..boleh la meletakkan cadangan anda di ruangan CBox.

P/S: Cadangan pertama......Zero Budget FC.hahahahah

SMKBKK-FutsalFC (7) vs CrocoFC (16)

0
Pada perlawanan persahabatan baru2 ini, pasukan futsal SMKBKK telah di baham oleh Bujang Senang (CrocoFC) dengan jaringan yang besar iaitu 7 berbalas 16. kekalahan ini berpunca daripada kesilapan susun atur strategi ketika perlawanan. corak permainan pantas dan one-two pass yg ditunjukkan oleh pasukan lawan gagal di tampan oleh pertahanan pasukan SMKBKK.

perlawanan ini memberi tamparan yg hebat kepada pasukan yg mana memerlukan rombakan besar-besaran dari segi corak permainan. Mungkinkah perlu diadakkan satu slot latihan intensif untuk pasukan SMKBKK???....kita tunggu dan lihat.

P/s: Mr. Seng...buat sesi latihan. kalau tidak, gaji kena potong.hahahaha

Seronok Bermain Futsal (Gambar Lama)

0











SMKBKK-FutsalFC vs CrocoFC

0
Perlawanan futsal akan diadakan pada 3 Julai 2009 pada jam 7:00mlm bertempat di Gelanggang C City Futsal Rampayan menentang Croco FC. Diharapkan kepada semua pemain SMKBKK-FutsalFC akan dapat turun bermain dalam perlawanan itu.

TQ...